“Ada perisa tambahan rupanya”- Guna Gigi Palsu, Ramai Kembang Tekak Tengok Cara Nenek Ini Kelim Kuih

Entertainment
16 Apr 2022 • 1:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah nak buat karipap. Nak buat inti tu mungkin tak susah sangat tapi bila nak kelim tu, ramai yang akan menyerah. Nasib baik sekarang dah ada alat acuan karipap, jadi senang la sikit kerja tu.

Namun, buat seorang nenek ini pula, dia ada kaedah yang agak pelik sebab dia menggunakan gigi palsu untuk kelim kuih!

Beberapa hari lepas, viral di TikTok dan Twitter tentang sebuah video yang memaparkan wanita berkenaan kelim kuih dengan gigi palsu ini. Video yang berdurasi 12 saat itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok user8642113579.

Dapat dilihat dalam video itu juga, wanita berkenaan meletakkan inti kuih ke dalam kulit kuih sebelum menggunakan gigi palsu untuk memudahkannya kelim makanan berkenaan.

Sekali tengok, kuih yang sedang dibuat tu nampak macam karipap namun tak dapat dipastikan sama ada itu betul-betul karipap atau ladu (dumpling). Selain itu, dari negara mana asalnya video ini pun tak dapat dipastikan juga.

image is not available

Kaedah luar biasa yang digunakan nenek itu telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial di mana kebanyakannya mengatakan mereka nak berhenti seketika daripada makan karipap selepas ini.

image is not available

Ada juga yang berpendapat mungkin akan ada rasa Polident sikit la bila makan kuih tu. Tak kurang juga ada yang rasa mungkin nenek ni hanya bergurau dan kuih yang dibuat guna gigi palsu tu tak dimakan pun.

image is not available

image is not available

Lepas ni min rasa nak buat sendiri je la karipap.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.