Sultan terima menghadap aktivis sosial Lee Lam Thye, ketua pengarah Ikim

21 Apr 2022 • 12:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam berkenan menerima menghadap aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye di Istana Bukit Kayangan di sini.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj disembah maklum penerbitan buku biografi Lam Thye mengenai penglibatannya dalam politik dan sosial lebih 50 tahun.

“Buku berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi dan berada di pasaran dalam waktu terdekat,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Sultan Selangor turut berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Dr Mohamed Azam Mohamed Adil di istana sama.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Dato’ Dr Afifi al-Akiti.

image is not available
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Ikim Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (kanan) dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Dato’ Dr Afifi al-Akiti (kiri) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 20 April 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved