(VIDEO) “Dikelilingi Iklan Alkohol & Kelab Malam” – Solat Tarawih Di Times Square, New York Undang Kritikan

4 Apr 2022 • 2:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, tular di laman Twitter satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shahnawaz Ansari yang memaparkan bandar Times Square di New York dipenuhi dengan umat Muslim yang sedang mendirikan solat tarawih.

Menurut portal The News Arab, majlis itu telah dikenalikan oleh pertubuhan Wayoflifesq dengan kerjasama TheZamZamProject.

Difahamkan, seramai hampir 2000 umat Muslim telah menghadirkan diri dengan memperuntukkan sejumlah 1,500 hidangan Iftar kepada mereka yang hadir.

image is not available

Kami di sini untuk menerangkan agama kami kepada semua orang yang tidak tahu apa itu Islam.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih sebanyak 743.7K tontonan, 4.29K tanda suka, dan 1.37K ciap semula di laman Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang memuji tindakan pertubuhan itu namun ada juga yang mempersoalkan tentang lokasi yang dipilih tidak sesuai untuk mendirikan solat.

Nampak macam ada benda yang tak betul, saya bercakap sebagai seorang Muslim – Warganet.

Adakah halal untuk mendirikan solat dikelilingi dengan papan tanda neon yang menunjukkan iklan alkohol dan kelab malam?” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Saya Tak Tahu Maksudnya.." - Kanak-Kanak Tular Tunjuk Jari Tengah Mohon Maaf