[VIDEO] Pertama Kali Dalam Sejarah, Solat Tarawih Besar-besaran Dibuat Di Times Square, New York

Entertainment
4 Apr 2022 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, ribuan umat Islam telah berkumpul untuk menunaikan Solat Tarawih di Times Square, New York.

“Tarawih First Time in Times Square”

Menurut Gulf News, penganjur acara mengatakan bahawa orang Muslim yang tinggal di Amerika Syarikat berhasrat untuk menyambut bulan Ramadan di tengah-tengah bandar New York ini bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa Islam adalah agama yang aman.

Kami nak jelaskan agama kami kepada orang ramai yang tak tahu bahawa Islam adalah satu agama yang aman.”

Untuk pengetahuan korang, bulan Ramadan di sana bermula pada Sabtu lalu dan di acara ini turut diadakan majlis berbuka puasa di mana sebanyak 1,500 hidangan telah diagihkan secara percuma berserta bacaan Al-Quran dan syarahan Islam turut disampaikan.

Mashallaha This is the first time in the history of USA Taraweeh prayers have been offered in the open, The special thing here is that what makes the people of America better, no sentiment was hurt, nor did the New York Administration inte

Mashallaha image is not availableThis is the first time in the history of USA image is not available Taraweeh prayers have been offered in the open,The special thing here is that what makes the people of America better, no sentiment was hurt, nor did the New York Administration interfere.#RamadanKareem #RamadanMubarak

Posted by 𝔹𝕠𝕤𝕟𝕚𝕒𝕟 𝕄𝕦𝕤𝕚𝕝𝕞 on Sunday, April 3, 2022

Menurut pengasas majlis ini, acara tersebut telah disertai hampir 2,000 orang Islam dan ia merupakan sejarah terbesar kerana bandar ini juga turut dipenuhi dengan Islamofobia selepas serangan 9/11 pada tahun 2001 yang lalu.

Dengar azan berkumandang di seluruh Times Square memang menakjubkan.”

Menurut penganjur ini juga, projek ini hanyalah permulaan dan akan meneruskannya di tempat-tempat lain bagi memberi pengajaran kepada orang ramai tentang keindahan Islam.

Malah, rata-rata umat Islam di seluruh dunia juga turut berbangga dengan kejayaan penganjur yang berjaya melaksanakan Solat Tarawih perdana ini dan berharap agar ia diteruskan di tahun-tahun mendatang.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.