“Macam atok dia dah” – [VIDEO] Kanak-kanak ‘Compare’ Perut Dengan PM Dalam TV Buat Netizen Terbahak!

Entertainment
29 Apr 2022 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Musim perayaan ini, mesti ramai yang mengambil peluang untuk membeli-belah sempena persiapan Aidilfitri.

Meskipun ramai yang dapat menyambut Aidilfitri di samping orang yang tercinta, ramai juga yang terpaksa beraya berseorangan kerana ketiadaan keluarga.

Tahun ini, banyak pusat jagaan seperti rumah anak-anak yatim membawa kanak-kanak keluar untuk membeli-belah sebagai persiapan raya.

Semalam, tular sebuah video yang mengundang tawa netizen apabila seorang kanak-kanak melakukan sesuatu yang sangat luar dari jangkaan!

Kanak-kanak tersebut bertindak membandingkan perutnya dengan perut Perdana Menteri (PM), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi laman Twitter, kanak-kanak tersebut difahamkan bernama Adam dan dia merupakan seorang anak yatim dari sebuah rumah anak yatim dan pertemuannya dengan PM itu berlaku ketika PM meluangkan masa bersama 54 orang anak yatim serta golongan asnaf.

“Dia makin kelakar sebab masuk berita!”

Walaupun video tersebut mempunyai durasi yang pendek, ia sudah cukup untuk menghiburkan hati netizen.

Ramai yang kagum dengan keberanian kanak-kanak itu malah ada juga yang merasakan video tersebut sangat wholesome dan comel.

image is not available

Cute kan? PM kita pun sempoi je melayan dia!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.