“Terharu sangat!” – [VIDEO] Berpisah Selama 16 Tahun, Ibu Dan Anak Akhirnya Bertemu

Entertainment
1 Apr 2022 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak semua orang berpeluang untuk merasai kasih sayang seorang ibu ketika dilahirkan, ada yang ibu bapanya bercerai dan ada juga yang menjadi anak yatim piatu sejak mereka kecil lagi.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda dari Indonesia ini, difahamkan dia dan ibunya terpisah sejak 16 tahun lepas.

Menurut laporan Medium, setiap hari selepas terpisah, ibu tersebut terus berusaha mencari anaknya itu tetapi tidak pernah berjaya, rupa-rupanya si anak juga sedang mencari ibunya.

Pemuda yang dikenali dengan nama Ryan itu berkata dalam videonya yang lain, ayahnya telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang tetapi dia merasakan ada sesuatu yang hilang dalam dirinya iaitu ibunya.

Dalam laporan yang sama, Ryan mencuba pelbagai cara dan akhirnya dia menemui informasi dalam Facebook, si anak dan ibu bertemu juga di daerah Depok, Jawa Barat.

Video yang telah ditonton lebih 4 juta kali itu mendapat respon yang mengharukan daripada netizen, ramai yang sebak dengan pertemuan ibu dan anak itu.

image is not available

Sedihnya, akhirnya bertemu juga mereka

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.