Sudahkah Anda Membayar Zakat Fitrah?

29 Apr 2022 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menunaikan zakat fitrah kini amat mudah, amil berada hampir di mana-mana. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

Perintah menunaikan zakat fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun umat Islam diwajibkan puasa pada bulan Ramadan, bulan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.

Mengikut Mazhab Syafie, waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam raya) manakala waktu sunat pula adalah sebelum solat sunat hari raya manakala makruh menunggu sehingga selesai solat itu.

Di negara ini, pihak yang menguruskan pungutan zakat telah memudahkan urusan pembayar zakat fitrah dengan berada hampir di mana-mana bagi membolehkan urusan membayar zakat dipermudahkan, jika tidakpun, ia boleh dilakukan secara online.

Pandu lalu, di masjid, bazar Ramadan, kompleks beli-belah, malah ada amil yang dilantik boleh menghadirkan diri ke mana-mana pejabat bagi memudahkan urusan.

Di Kuala Lumpur, kadar zakat fitrah ditentukan mengikut nilai gred beras yang dimakan oleh umat Islam, dari RM7, RM14 ataupun RM21 dan lebih menarik, ia juga boleh dibayar secara dalam talian melalui laman web Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jadi, tidak ada alasan lagi terlewat membayar zakat fitrah yang wajib dibayar menjelang Syawal.

Jurufoto Getaran, ABD. RAZAK LATIF meninjau aktiviti pembayaran zakat fitrah di Kuala Lumpur ketika umat Islam bersiap-sedia hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Getaran, 29 April 2022

image is not available
Kadar zakat fitrah akan ditentukan melalui nilai harga beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk tempatan. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Tiada alasan bagi umat Islam untuk tidak membayar zakat fitrah kerana amil berada hampir di mana-mana. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Konsep pandu lalu untuk pembayaran zakat fitrah yang dilaksanakan di Putrajaya. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Membayar zakat fitrah menggunakan konsep pandu lalu memudahkan urusan mereka yang sibuk. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Kemudahan membayar zakat secara pandu lalu memudahkan semua pihak. - Gambar Abd. Razak Latif

image is not available
Tugas amil bukannya mudah lebih-lebih lagi menunggu pembayar zakat fitrah semasa bulan Ramadan di kompleks beli-belah. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Proses membayar zakat fitrah sekarang amat mudah dan tidak memakan masa yang lama. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Sambil membeli keperluan Hari Raya, orang ramai juga boleh membayar zakat fitrah di kaunter yang disediakan. - Gambar Abd. Razak Latif

image is not available
Kaunter khas turut disediakan di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

image is not available
Selepas mendapatkan menu kegemaran untuk berbuka, umat Islam mengambil kesempatan untuk membayar zakat fitrah kepada amil yang ditugaskan. - Gambar Abd. Razak Latif

image is not available
Kewajipan membayar zakat fitrah adalah tuntutan agama dan jika ditinggalkan dianggap berdosa. - Gambar Abd. Razak Latif