
Dah menjadi kebiasaan di bulan Ramadan, memang banyak gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa.
Bagi yang malas nak bersesak di bazar Ramadan, ada yang memilih untuk beli di gerai tepi jalan je. Tapi apa yang mengecewakan apabila makanan yang dibeli tidak seperti yang dibayangkan.
Seperti perkongsian wanita ini di TikTok, dia meluahkan rasa terkejut apabila kebab yang dibelinya diperbuat daripada roti putih biasa.
@kyramali kena scam beli kebab tepi jalan. nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je. nasib inti sedap
#puasa #moreh #scam #kebab #terengganu #ramadan ♬ Oh No – Kreepa
Difahamkan kebab tersebut memang dah siap dibalut dan adiknya beli 2 dengan harga RM2.50 satu. Nasib baiklah inti memang sedap cuma roti sahaja yang buat ‘spoil’.


Aduhai memang tak pernah dibuat orang. Tak baiklah aniaya pembeli macam ni kan? Nasiblah sedap.
Kredit: TikTok @kyramali
The post “Beli Kebab Tepi Jalan, Nak Makan Masa Berbuka Tu Terkejut Tengok..” appeared first on Oh! Media.


