“Boleh berlaku pendarahan” – Hilangkan Migrain? Doktor Jelaskan Bahaya Buat ‘Scalp Poping’

Health & Fitness
25 May 2022 • 3:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak korang buat scalp popping (rentap rambut) sampai ada satu bunyi macam ‘pop’ di kepala untuk hilangkan migrain?

Untuk pengetahuan, perbuatan itu sebenarnya amat berbahaya, boleh berlaku jangkitan kuman dan pendarahan. Nak tahu sebab apa?

 

Lapisan dalam kulit kepada terkoyak

Menerusi perkongsian daripada seorang doktor yang lebih dikenali sebagai @drwanshare di TikTok ini, beliau menjelaskan sebenarnya kaedah ini tiada manfaat langsung selepas membuat kajian, sebaliknya hasil pencarian menerusi jurnal perubatan mendapati bahawa ia lebih menjerumus ke arah keburukan.

Ini kerana mereka yang mengamalkan teknik ini mendakwa bahawa ia jauh lebih mujarab daripada telan pil untuk hilangkan rasa itu.

“Kalau lah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua tu eh, membazir duit kerajaan ja. “

Dr Wan ada menunjukkan hasil pencarian tersebut, kesemua hasil pencarian itu dinyatakan oleh doktor pakar.

“Itu yang dikatakan oleh doktor pakar, bukan doktor level-level macam aku.”

Tambahnya, bunyi ‘letupan’ yang terhasil daripada tarikan itu sebenarnya adalah koyakan satu lapisan yang dipanggil Galea (lapisan keras tisu berserabut padat yang meliputi bahagian atas tengkorak). Pendek kata, ia sebenarnya adalah bunyi galea tertanggal yang ada dalam kepala kita tu.

image is not available

 

Berlaku pendarahan, boleh menyebabkan jangkitan kuman

Berbalik kepada penjelasan Dr Wan tadi, disebabkan tarikan itu, lapisan Galea terkoyak, ia berlaku pendarahan dan sekaligus boleh menyebabkan jangkitan kuman di bahagian akar rambut.

“Boleh kena radang, Folliculitis, daripada nak release tension headache terus mendapat jangkitan. Korang nak macam tu?”

image is not available

Namun begitu, beliau turut menyatakan bahawa punca migrain masih belum diketahui bahkan saintis sendiri belum tahu puncanya, tetapi mereka ada membuat hipotesis bahawa punca migrain ini adalah pembuluh darah berkembang di salur darah kepala dan menyebabkan receptor sakit.

Jadi, kaedah tarik rambut untuk hilangkan migrain sebenarnya tiada kena mengena sebagai langkah mengubatinya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.