(VIDEO) “Boleh Kena Radang” – Doktor Perjelas Bahaya Tarik Rambut Untuk ‘Relieve’ Sakit Kepala

Health & Fitness
25 May 2022 • 5:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, ramai yang mengatakan perbuatan tarik rambut atau scalp popping dapat melegakan sakit kepala dan menghilangkan migrain tanpa perlu mengambil ubat paracetemol.

Namun, baru-baru ini menerusi hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dr Wan yang berkongsi akibat buruk daripada tindakan tersebut.

Menurut Dr Wan, tindakan menarik rambut secara merentap sebenarnya amat berbahaya dan boleh menyebabkan lapisan dalam kulit terkoyak.

image is not available

Kalau lah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua, membazir duit kerajaan je.

Jelasnya lagi, perbuatan ini boleh menyebabkan lapisan dalam kulit yang dipanggil senagai Galea boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kepada penyakit Folliculitis iaitu jangkitan kuman pada akar rambut.

Daripada nak release headache terus dapat jangkitan kuman. Korang nak macam tu?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi, ada yang mengatakan tindakan tersebut merupakan satu petua orang lama dan ada juga yang mengatakan perbuatan tersebut memang berkesan kepada mereka walaupun membawa keburukan.

Tapi saya buat memang hilang pening selalunya. – Netizen.

Ni petua orang dulu-dulu.. tapi kebanyakkan petua org dulu-dulu banyak manfaat dan membantu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Saya Student Lagi!" - Mengigil Suara Pertahan Diri Dari Dikompaun Polis, Netizen Terhibur Dengar Alasan Gadis Ini