Photo by ThisIsEngineering from Pexels
Teknologi adalah antara alat paling berharga masa kini. Arus kemodenan yang terlalu pesat dan laju telah menjadikan pemegang teknologi terkini boleh menguasai pasaran dalam bidang mereka. Contohnya pengasas Microsoft Bill Gates telah mendahului manusia terkaya dunia selama hampir 10 tahun sewaktu ketika dahulu. Dan kini juga telah didahului oleh Elon Musk pemilik Tesla. Tesla juga adalah syarikat berasaskan teknologi tinggi.
Dalam pada itu, mungkin kita sangat jauh mengambil peluang dalam bidang teknologi jika kita bukan bekerjaya dalam bidang it , akan tetapi kita sebagai pengguna teknologi boleh mengambil peluang memudahkan urusan kita dengan kemajuan digital dan teknologi masa kini. Dalam urusan harian juga kita oleh dimudahkan dengan pelbagai cara. Saya akan kongsikan beberapa cara tersebut bagi penggunaan pembaca semua. Apa yang saya kongsikan adalah bukan tujuan promosi aplikasi tetapi sekadar pengalaman saya menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan urusan saya.
Aplikasi ‘Setel’ bagi pengguna Petronas
Rutin harian kita untuk mencari rezeki atau keperluan harian majoriti rakyat Malaysia akan menggunakan kenderaan bermotor seperti motosikal dan kereta. Kadangkala kita sangat memerlukan masa yang berkualiti kerana banyak perkara atau kita lambat untuk membuat sesuatu pekerjaan. Saya cadangkan korang semua muat turun aplikasi ‘Setel’ sangat mudah. Kita boleh terus masukkan duit minyak untuk bekalan sebulan. Contohnya anggaran RM300 sebulan untuk kadar minyak kereta kita. Apabila masuk gaji saja kita boleh terus membuat isian semula dalam e-dompet aplikasi Setel ini dan senang. Bila kita sampai di stesen minyak tersebut kita terus membuat pembelian dari dalam kereta dan boleh terus membuat isian minyak kereta kita.
Muat turun semua aplikasi pembayaran
Aplikasi perbankan wajib kena ada. Paling mudah kita boleh gunakan Maybank2u, MAE by M2u, CIMBClicks dan sebagainya. Bagi pengguna Maybank kita boleh gunakan untuk membuat pembayaran QR PAY dan sangat pantas. Sekarang, Maybank sedang giat memberi pulangan tunai untuk pengguna yang kerap menggunakan QR PAY. Ada yang pernah dapat pulangan sehingga RM20 sekali transaksi.
Selain itu kita boleh mudahkan urusan dengan membuat pembayaran bil utiliti seperti TNB, Air, Indahwater dan sebagainya secara dalam talian sahaja tidak perlu ke pejabat pos atau pejabat mereka. Sekarang juga kita boleh membuat pesanan untuk menukar kad Tn’G yang baru supaya mudah boleh tambah nilai melalui aplikasi Tn’G E-Wallet sahaja. Tidak perlu sangkut di plaza tol dan mencari tempat untuk tambah nilai.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


