Twitter Sedang Menguji Kebolehan Kongsi Satu Video Dan Gambar Dalam Satu Ciapan Sama

TechnologyDigital
6 May 2022 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara masalah Twitter pada saya sekarang adalah, perkongsian media tidak begitu menarik. Hanya empat gambar sahaja boleh dikongsi pada satu masa, gambar tidak boleh campur dengan video dan jika ada video hanya satu video untuk satu ciapan. Berbeza dengan Instagram atau Facebook yang mesra untuk kongsi pelbagai media dalam satu siaran.

Terkini seorang pembangun bebas telah menemui bukti yang Twitter sedang membangunkan ciri di mana pengguna boleh kongsi video dan gambar dalam satu ciapan. Akan berdasarkan imej yang dikongsi, ia terhad untuk satu video dan satu gambar dalam satu ciapan.

image is not available

Menurut The Verge, Twitter juga sedang membangunkan ciri memberi hadiah atau anugerah kepada pengguna lain. Buat masa ini tidak pasti sama ada adakah ini untuk pencipta kandungan menjana pendapatan atau seakan lencana peminat di Facebook. Ciri Twitter Status untuk pengguna lihat status aktiviti pengguna lain juga masih dalam pembangunan.