Gambar Konsep Taman Tema Upin Ipin Tular, Les’ Copaque Dedah Pilih Cyberjaya Sebagai Lokasi

Entertainment
30 May 2022 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang masih ingat, tidak lama dulu, penerbit siri animasi kanak-kanak Upin Ipin, Hj Burhanuddin Md Radzi pernah meluahkan hasrat untuk membina satu Taman Tema Interaktif Upin Ipin di Malaysia.

Nampaknya hasrat itu akhirnya bakal tercapai apabila Hj Burhan menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa pihak Les’ Copaque telah menandatangani perjanjian MOU dengan Cyberview Sdn Bhd untuk membina taman tema tersebut di Cyberjaya. Yeayyy!

image is not available

image is not available

Menurut Hj Burhanuddin, pihak mereka sebelum ini telah survey banyak kawasan yang berpotensi untuk pembinaan taman tema tersebut termasuklah di Perak dan Johor, pun begitu, akhirnya Cyberjaya menjadi pilihan.

Menerusi perkongsian Twitter Cyberjaya Info, beberapa gambar konsep taman tema tersebut juga dilihat tular di media sosial.

 

“Wahh menarik ni!!!”

Berita tersebut ternyata memberi khabar gembira kepada peminat Upin Ipin yang sudah tidak sabar-sabar untuk menantikan taman tema tersebut.

Ramai juga berharap projek taman tema ini akan sukses dan tidak menjadi seperti taman tema MAPS di Perak yang mengalami kerugian teruk.

image is not available

Waahh ini bukan anak-anak je tak sabar nak pergi, mak ayah pun tak sabar juga nak berkunjung ke taman tema ni bila siap nanti!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.