Wah Tak Sabarnya! Cyberjaya Dipilih Sebagai Lokasi Taman Tema Upin & Ipin!

30 May 2022 • 2:06 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Taman Tema Upin & Ipin merupakan sebuah projek yang dirancang oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan perancangannya sudah bermula seawal tahun 2014 lagi.

Banyak lokasi telah dipertimbangkan dan pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Razi telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi Taman Tema Upin & Ipin.

Perkara itu diumumkan pada Jumaat yang lalu selepas menandatangani perjanjian dengan Cyberview Sdn. Bhd. untuk membina Taman Tema Upin Ipin di Cyberjaya.

Pastinya pembinaan Taman Tema Upin & Ipin ini bakal menaikkan imej Cyberjaya apabila taman tema tersebut siap dibina di bandar itu. Malah, Upin & Ipin bakal menjadi siri animasi Malaysia pertama yang mempunyai taman temanya yang tersendiri jika ia berjaya dilaksanakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved