Ratu Elizabeth II Cari ‘Bibik’, Tawar Gaji Sejam RM43, Tempat Tinggal & Makan Minum Disediakan

Entertainment
28 May 2022 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Teringin mahu bekerja di istana?

Ini peluang korang sebab Ratu Elizabeth II difahamkan sedang mencari pembantu rumah professional.

image is not available

Portal Metro melaporkan, Keluarga Diraja Britain telah mengemukakan satu iklan untuk mencari pembantu rumah yang akan membantu untuk mengekalkan kebersihan kediaman diraja.

Menurut iklan terbabit, individu yang diterima akan bekerja 40 jam seminggu sama ada di Buckingham Palace atau di Windsor Castle.

Meskipun gaji yang ditawarkan adalah RM43.88 sejam, kurang (RM10) berbanding kos sara hidup standard Britain, individu yang diterima bekerja juga akan dibekalkan dengan makan minum dan juga tempat tinggal.

Di samping itu, manfaat lain seperti 15 peratus skim pencen caruman majikan tambah faedah dan 33 hari cuti termasuk cuti umum turut ditawarkan.

image is not available

“Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.

Sertai pasukan profesional kami dimana anda akan menjaga dan membersihkan pelbagai item dan ruangan dalaman bagi memastikan kesemuanya tampak hebat,” tulis iklan berkenaan.

Dalam pada itu, iklan terbabit turut menulis calon yang tak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang housekeeping turut boleh memohon.

“Majikan lebih tertarik untuk melihat cara anda bekerja dan kebolehan anda berdepan cabaran baru,” tulis iklan itu lagi.

Permohonan ini difahamkan dibuka sehingga 19 Jun dan satu sesi temu duga akan diadakan pada Julai.

Korang boleh KLIK sini tak tahu tentang jawatan ini lebih lanjut.

Sumber: Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.