Terpilih Jadi Bidan Terjun, Atlet Lari Pecut Masuk Acara Lompat Bergalah & Raih Emas!

17 May 2022 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rezeki tak kemana, itu adalah pandangan netizen setelah Nor Sarah Adi menerima pingat emas ke-19 kontinjen negara ini di Sukan Sea Vietnam 2021 dalam acara lompat bergalah wanita.

Kata atlet berusia 22 tahun dari Pahang ni, perkara ini sama sekali tidak dapat dijangka buat dirinya, kerana pada asalnya dia dibawa ke Hanoi adalah untuk menyertai acara 4×100 mete.

Rasa macam mimpi

image is not available

Tambahnya lagi, dia menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah secara tiba-tiba.

“Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikan yang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih (lompat bergalah).”

“Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya tuhan. Saya nak melakukan yang terbaik juga dan syukur dapat melakukan lompatan 4m sekali gus memperbaiki catatan peribadi terbaik saya. Saya juga rasa seperti bermimpi apabila memenangi pingat emas ini.”

Hanya 4 minggu latihan

Berdasarkan laporan Astro Arena, pelari pecut 100m yang terpilih sebagai bidan terjun dalam acara ini telah menjalani latihan bersama Coach Mansahar selama 4 minggu sahaja sebelum sertai sukan SEA ini.

Ramai netizen begitu kagum dengan kehebaran Sarah dan memuji dengan kebolehannya serta memberikan ucapan tahniah atas kejayaannya dalam menyumbang pingat emas buat negara Malaysia biarpun jadi atlet ‘bidan terjun’.

image is not availableimage is not available

Menurut Utusan, Sarah meraih pingat emas dengan lompatan 4m, manakala pingat perak dimenangi oleh atlet Thailand, Chonthicha Khabut (3.80m) dan gangsa dibawa pulang Alyana Joyce Nicolas Martinez dari Filipina, 3.60m.

Selain itu, Sarah turut membantu kuartet 4x100m wanita yang disertai S. Komalam Shally, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Azreen Nabila Alias meraih gangsa dengan catatan 45.32s.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.