
Baru-baru ini tular di TikTok tentang kejadian seorang lelaki mengacukan pisau dikatakan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja sebuah kedai kopi.
Menerusi video yang berdurasi 45 saat itu, rakaman menunjukkan lelaki dalam keadaan marah mengugut seorang pekerja menggunakan pisau di dalam kedai kopi tersebut.
Perkara dikatakan terjadi kerana lelaki itu didakwa tidak berpuas hati akibat tindakan pekerja yang tidak menghiraukannya semasa membuat pesanan, sebaliknya pergi mengambil pesanan di meja lain.
Namun, semasa pertelingkahan berlaku, seorang lelaki merampas pisau yang digunakan dan berjaya menenangkan keadaan di kedai berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki yang merampas pisau tersebut dan berjaya meleraikan pergaduhan yang berlaku.


"Kami Tak Dapat Makan.." - Setiap Kali Gaduh Beras Dibuang, Suami Akan Biarkan Isteri & Anak Berlapar
The post (VIDEO) Lelaki Mengamuk Siap Acu Pisau Sebab Tak Dilayan Pekerja Kedai Kopi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

