“Badan Kau Tunjuk Akan Terbakar Di Neraka!” – Niat Nak ‘Body Positive’, Sharifah Sakinah ‘Disekolah’ Netizen

23 May 2022 • 1:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebut saja nama selebriti sensasi, Sharifah Sakinah, sudah pasti topik yang akan menjadi perbualan orang ramai mengenai dirinya adalah penampilan yang sering dipaparkan olehnya di laman media sosial.

Seperti baru-baru ini, Sakinah atau mesra dipanggil sebagai Kinah ada memuat naik satu video di Instagram. Dimana, dalam video berkenaan, dia telah mempamerkan tubuhnya untuk memberitahu orang ramai agar menjaga tubuh badan.

Di dalam perkongsiaan video itu, kelihatan Kinah menunjuk beberapa sisi tubuhnya sambil membuat ‘posing’ yang boleh dikatakan agak seksi untuk tontonan umum.

Seakan sudah lali dengan kata-kata yang dilontarkan oleh netizen mengenai dirinya, Kinah langsung tidak mengambil endah biarpun dikecam teruk oleh netizen di ruangan komen video terbabit.

Ramai netizen yang mempersoalkan cara pemakaian pelakon tersebut dan memohon agar dia menutup sedikit biarpun masih tidak menutup aurat dengan sempurna.

image is not available

Malah, terdapat satu komen ‘pedas’ memerli Sakinah bahawa tubuhnya akan terbakar di neraka seandainya dia masih memaparkan gambar ataupun video dirinya berpakaian seksi di laman media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 3 bulan lalu

"Kerja Saya Jual Badan, Nak Tunjuk Otot Memang Kena Tunjuk Aurat" - Sharifah Sakinah Tapis IG 'Request'