Netizen Kongsi Pengalaman Minta MC Sebab Terlampau Letih Kerja Tanpa Henti, Tapi Bila Doktor Check…

Entertainment
10 May 2022 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak korang terfikir selain dari sakit kepala dan juga demam yang teruk, apa lagi jenis sakit yang membolehkan korang untuk mendapatkan sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) kan?

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter menulis tweet yang bertanyakan tentang sakit apa lagi yang membolehkan seseorang itu layak untuk mendapatkan MC.

Dalam banyak-banyak replies dan quotes yang dibuat, satu tweet dari @shasha_zkrysh telah mendapat perhatian orang ramai kerana dia membalas dengan berkongsikan pengalamannya minta MC.

“Doktor check blood pressure, rupanya…”

Difahamkan dirinya mengalami letih yang melampau selepas bekerja tanpa hari cuti secara berterusan selama seminggu sehingga menyebabkan wanita tersebut bertindak dengan berjumpa doktor dan kongsikan masalah kesihatan yang dialami.

Mengejutkan, bacaan tekanan darahnya tinggi semasa melakukan pemeriksaan sehingga doktor berikan cuti sakit untuk dua hari berturut-turut supaya dapat berehat secukupnya.

“Work stress ni no joke weh”

Tweet wanita itu telah mendapat banyak quotes yang menegaskan bahawa tekanan disebabkan kerja tak sepatutnya diambil mudah oleh pekerja kerana ianya boleh menjadi sesuatu isu yang serius.

“Awak muda muda biasalah banyak kerja, semua benda nak buat tapi rehat jangan lupa. Gitu” – Komen netizen

Ternyata, perkara itu juga berlaku kepada orang lain yang mana mereka turut kongsikan pengalaman masing-masing. Ini antara perkongsian mereka…

image is not available

Tak salah nak work hard… Tapi min nasihatkan utamakan dulu kesihatan tu okay? Dalam sehari sekurang-kurangnya rehatkan diri untuk 30 minit, barulah fresh!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.