“Boleh mental breakdown” – [VIDEO] Netizen Luah Rasa Stress Hadap ‘Jammed’ Melampau di Lembah Klang

Entertainment
20 May 2022 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang semua sedia maklum, sejak negara kita beralih ke Fasa Peralihan Endemik pada 1 April lalu, kebanyakan daripada sektor ekonomi telah dibuka dan kebanyakan syarikat menetapkan supaya pekerjanya kembali bekerja di office semula.

Dengan itu, jumlah kereta di atas jalan raya nampaknya semakin meningkat, ditambah pula dengan pelajar pun ikut sama kembali sepenuhnya ke sekolah. Dah dapat agak macam mana jammednya setiap pagi kan?

 

“Tak dapat bayangkan betapa stressnya mental”

Susulan kesesakan jalan raya yang semakin memburuk setiap hari, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa stress mereka di media sosial.

Salah satunya ialah perkongsian @kamalitaewon yang memaparkan situasi sesak di jalan raya pada pukul 8 malam. Uish pukul berapa agaknya dorang ni sampai rumah?

Menurutnya, situasi kesesakan teruk ini mampu menyebabkan rata-rata pekerja mengalami mental breakdown kerana kurang rehat dan terpaksa pula bangun awal pagi keesokan harinya.

Kebanyakan masa juga terbuang di atas jalan raya lebih kurang 5-6 jam tau!

 

“If anak2 ramai, suami isteri kerja office hour… kesian anak2 tak dapat perhatian”

Perkongsian dari Kamal ini mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata berkongsi masalah yang sama dihadapi mereka.

Yang paling menyedihkan, anak-anak yang menjadi mangsa kurang perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja dan pulang di malam hari.

image is not available

Apa-apapun diharapkan kerajaan atau syarikat di Malaysia ni take note lah dengan keluhan rakyat berkenaan isu ini. Penat setiap hari hadap jem kan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.