Bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya pagi ini

4 May 2022 • 8:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 MEI: Bekalan air di 472 kawasan dalam lima wilayah pulih sepenuhnya 8 pagi ini setelah mengalami gangguan tidak berjadual akibat henti tugas sementara dua loji rawatan (LRA).

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual ini,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas sementara pagi semalam berikutan pencemaran bau dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Kedua-duanya kembali beroperasi 3.30 petang semalam setelah tiga bacaan 0 ton dicatatkan dan bekalan air disalurkan berperingkat mulai malam tadi.

Wilayah terkesan ialah Sepang (196 kawasan), Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Kuala Langat (27 kawasan) dan Putrajaya (23 kawasan).

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, pencemaran terbabit adalah kejadian ketiga yang berlaku di tempat sama dalam minggu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved