“Guard Gelak Je..” – Tengah Kerja Tiba-Tiba Karpet Sampai Rupanya Ibu Beli ‘Online’ Guna Alamat Hospital

11 May 2022 • 1:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang juga merupakan kakitangan hospital berkongsi kejadian lucu yang berlaku kepada dirinya telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video perkongsian tersebut, ibu kepada wanita itu telah membuat pembelian karpet dalam talian atau online secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.

Apa yang melucukan adalah apabila ibunya telah tersilap meletakkan alamat penghantaran dengan menggunakan alamat hospital tempat wanita itu bekerja.

image is not available

Order karpet sampai hospital. Mak aku dah la famous dekat hospital. Keluar je guard dah gelak-gelak.

Secara tidak langsung, kejadian itu telah menjadi bahan tawa rakan sekerja wanita itu termasuk pengawal keselamatan hospital yang mengambil barang tersebut daripada courier.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kesilapan yang dilakukan ibu wanita tersebut.

Mesti ramai cakap fuyo kapet baru. – Netizen.

“Cara nak tunjuk karpet baru dekat rakan sekerja,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) Cari Pasal Kacau Orang Kurang Siuman Guna Mercun, Lelaki Biadap Akhirnya Ditahan Polis!