“The H*ll Weh” – Baru ‘Viral’ Harga Ayam Naik, Ikan Siakap Pula Dijual Harga Lebih Dua Kali Ganda?

23 May 2022 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, hangat dibincangkan netizen di media sosial tentang kenaikan harga barang mentah ketika ini.

Malah, baru-baru ini kecoh di aplikasi Twitter selepas seorang lelaki memaklumkan bahawa harga ayam naik sehingga RM11 per kilogram.

Hal itu membuatkan ramai netizen bengang dan mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menjalankan tugas untuk mengawal harga barang.

image is not available


23 jam lalu

"Naik Gila B*bi!" - Harga Ayam Naik Mendadak Dalam Beberapa Hari, Netizen Luah Rasa Marah Pada KPDNHEP

Belum habis netizen bincangkan tentang kenaikan harga ayam, hari ini tular pula sekeping foto menunjukkan harga ikan yang dikatakan turut dinaikkan harga.

Menerusi ciapan seorang individu, harga ikan siakap yang sebelum ini dijual pada harga RM10.90 hingga RM14.90 per kilogram kini sudah naik ke RM24.90.

Tidak dinyatakan di pasar raya dan negeri mana foto itu diambil tetapi kenaikan harga tersebut membuatkan netizen terkejut serta menjadi bualan ramai di media sosial.

Ada yang berkata harga disebut itu selalunya adalah ikan siakap yang dijual ‘per pieces’ dan ada juga yang turut memaklumkan kenaikan harga bahan mentah di lokasi masing-masing.

image is not available

image is not available