Penjawat awam ditahan dakwa terima rasuah RM10,000

17 May 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah kira-kira RM80,000.

Sumber berkata, suspek berusia 35 tahun itu merupakan seorang penolong jurutera di salah sebuah agensi kerajaan disyaki meminta suapan bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembaikan sebuah sekolah di satu daerah di Selangor.

"Lelaki itu adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek terbabit," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM Selangor bagi membantu siasatan, setelah menerima wang tunai RM10,000 daripada seorang individu lain di sebuah restoran di Bangi kira-kira jam 4 petang Selasa.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved