“Bersepahhh” – Netizen Pelik Tengok Paparan SEA Games 2021 Hampir Kesemua Negara Salah Bendera

Entertainment
12 May 2022 • 5:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu perkara menjadi perhatian netizen ketika Sukan Sea 2021 sedang berlangsung di mana ada sebuah agensi berita antarabangsa membuat laporan yang telah menangkap perhatian warganet.

Dalam gambar yang kini tengah viral di Twitter itu, ia memaparkan jumlah pingat yang diraih oleh kontingen-kontingen dalam acara sukan tersebut tetapi dilihat hampir kesemua negara salah bendera.

 

Bersepahhhh – Netizen

Dalam 11 senarai negara itu, hanya 2 negara iaitu Myanmar dan Timor Leste sahaja yang tepat. Selain itu, dilihat bendera Filipina dilabel Vietnam, bendera Vietnam pula dilabel Malaysia, Thailand jadi Indonesia dan begitu juga dengan negara-negara lain seperti dibawah:

Indonesia – Filipina
Malaysia – Singapore
Singapura – Thailand
Cambodia – Brunei
Laos – Cambodia
Brunei – Laos

Dalam masa 3 jam ia dimuatnaik, perkongsian Hafizal Hamad ini telah lebih daripada 500 jumlah retweets. Rata-rata netizen mempersendakannya apabila mereka melihat paparan tersebut.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Bukan satu dua je, ni sampai 9 silapnya ni haa, ala mungkin ada berlaku kesilapan teknikal kot.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.