“Letak mantra betul ke” – [VIDEO] Ada Penonton Didakwa ‘Kesurupan’ Lepas Tonton Filem ‘KKN Di Desa Penari’?

Entertainment
12 May 2022 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berlegar di aplikasi TikTok baru-baru ini akan beberapa ‘teaser’ sebuah filem seram terbaru dari negara seberang bertajuk KKN di Desa Penari.

Diangkat daripada kisah benar yang pada asalnya dikongsikan di Twitter oleh pemilik akaun bernama SimpleMan, filem ini menceritakan mengenai kejadian mistik yang menimpa 6 orang mahasiswa KKN bernama Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton dan Wahyu.

image is not available

 

Sinopsis KKN Di Desa Penari

Semuanya bermula apabila keenam-enam mahasiswa ini telah bertemu dengan penghulu kampung bernama Pak Prabu yang mengingatkan mereka untuk mematuhi segala peraturan di kampung itu dan menghindari tempat terlarang di kawasan tersebut.

image is not available

Pada awalnya semua kelihatan normal sehinggalah Nur dan Widya dikatakan telah diganggu oleh seorang penari. Bima juga pada masa yang sama telah berubah sikap sehingga program yang mereka rancangkan menjadi rosak.

Bimbang dengan apa yang berlaku, mahasiswa ini kemudian telah meminta bantuan Mbah Buyut yang juga dukun di kampung ini untuk selesaikan masalah mereka.

 

“Sampai ada yang kesurupan”

Filem yang telah ditayangkan di Indonesia ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang ternyata berpuas hati dengan filem itu dan ramai yang cakap yang ia tersangatlah seram.

Sehinggakan ada yang kongsikan di TikTok beberapa penonton di pawagam ‘kesurupan’. Kesurupan tu maknanya kena rasuklah. Adoi biar betul!

 

“Harap tak ada cut lah di Malaysia”

Video-video teaser dan juga kejadian yang kononnya penonton dirasuk itu telah mendapat perhatian netizen Malaysia yang sudah tak sabar-sabar nak menonton di pawagam kita esok.

Ramai juga berharap kejadian kena rasuk ini bukan marketing semata-mata malah siap ada yang harap filem ini ditayangkan dalam versi ‘uncut’ di Malaysia. Uish berani betul eh korang…

image is not available

Dah ada yang book ticket awal-awal tak nak tengok filem ni? Apa-apapun min harap korang yang lemah semangat tu jangan tengok sorang eh. Risau pulak kalau tiber kena rasuk ke apa.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.