Lelaki Terkejut Isteri Duduk 4D3N di Hospital Kerajaan, Tapi Cuma Kena Bayar…

Entertainment
24 May 2022 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dapat dinafikan, bil rawatan di sesebuah pusat perubatan boleh jadi mahal dari jangkaan kita. Yelah, termasuk sekali dengan caj servis makanan, penjagaan dan juga sesi consultation bersama doktor.

Namun, apa yang mengejutkan orang ramai baru-baru ini adalah apabila perkongsian seorang lelaki yang mendedahkan dirinya hanya perlu bayar bil rawatan untuk isterinya dengan sejumlah harga yang murah!

Menerusi perkongsiannya di Twitter @amirulhanafy, dia mengatakan bahawa isterinya telah dimasukkan ke wad selama 4 hari 3 malam di Hospital Putrajaya pada bulan Mac lalu.

“Sekali kena bayar RM17 aje”

Pada awalnya, dia menjangkakan bayaran untuk bil rawatan isterinya akan mencecah sehingga RM400 tapi bila tiba di kaunter untuk menyelesaikan urusan pembayaran, ternyata dia hanya perlu membayar sebanyak RM17!

“4 hari 3 malam kot. Aku dah ready kad debit just in case tak cukup, boleh bayar online.” – Tambah lelaki itu

Bukan itu je, difahamkan makanan juga diberikan kepada pesakit sebanyak 5 kali sehari selain dari layanan jururawat yang mesra dan juga komited dalam menjalanan tugas mereka dalam menjaga kebajikan pesakit.

image is not available

Disebabkan itu, lelaki ini meluahkan rasa berterima kasihnya di bahagian thread dan turut bersetuju dengan kos penjagaan perubatan di negara kita jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan negara lain.

Tak sangka murah betul eh bil hospital ni? Untuk wife abang ni, semoga sentiasa sihat ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.