“Kesian budak-budak” – [VIDEO] Netizen Bengang Pemandu Van Sekolah ‘Selamba’ Langgar Lampu Merah

Entertainment
31 May 2022 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu bapa akan mencari jalan yang terbaik dan paling selamat untuk menghantar anak ke sekolah atau mengambil mereka daripada sekolah.

Salah satu cara ialah dengan menggunakan servis pemandu bas atau van sekolah, cara ini juga sebenarnya dapat mengajar anak-anak untuk menjadi lebih berdikari.

Sudah semestinya, ibu bapa akan meletakkan tanggungjawab kepada pemandu van atau bas tersebut bagi memastikan perjalan pergi dan pulang anak-anak.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video yang membuatkan ibu bapa serta orang ramai risau tentang keselamatan pelajar sekolah yang menaiki van sekolah.

Situasi yang membahayakan itu dirakamkan dalam sebuah video pendek di mana kelihatan seorang pemandu van sekolah didapati telah melanggar lampu isyarat ketika merah di sebuah persimpangan.

Tindakan berbahaya tersebut telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman orang ramai kerana bimbang akan keselamatan murid-murid sekolah di dalamnya.

Video pendek itu dimuat naik semula oleh Utusan di laman TikTok dan setakat ini telah menerima hampir 80K tontonan serta lebih 3K komen.

“Adoi, ada anak orang tu”

Insiden itu mengundang kritikan netizen dan ramai yang bengang dengan ‘aksi’ berbahaya pemandu van sekolah tersebut, malah ramai juga yang menyarankan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

image is not available

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Johor dan situasi itu sempat dirakam oleh pemandu kenderaan yang berada di belakang van sekolah tersebut.

Ikutlah peraturan, jangan sampai dah terhantuk baru terngadah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.