“Ada Banyak Nyawa Oii..” – Netizen Kecam Pemandu Van Sekolah Selamba Langgar Lampu Merah

31 May 2022 • 10:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pemandu van sekolah

Kes kemalangan disebabkan pemandu melanggar lampu merah sudah banyak berlaku di negara kita. Baru-baru ni, kejadian di Taman Rinting, Johor, pemandu van sekolah telah mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana melanggar lampu merah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok UtusanTvOfficial, van itu dengan selamba badak melanggar lampu isyarat berwarna merah walhal ramai pelajar sekolah di dalam van tersebut.

Netizen yang melihat video itu bengang dengan tindakan merbahaya pemandu van tersebut. Kalau kemalangan berlaku, bukan satu atau dua nyawa melayang, tetapi banyak nyawa anak orang di dalam van tersebut.

Sikap tidak bertanggungjawab inilah yang perlu dihapuskan kerana ia melibatkan nyawa orang lain, bukan diri sendiri.

Kerajaan gantung lesen

image is not available

Kena masuk sekolah memandu semula

image is not available

Ingat anak ikan ke dalam tu

image is not available

Kredit: UtusanTvOfficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

The post “Ada Banyak Nyawa Oii..” – Netizen Kecam Pemandu Van Sekolah Selamba Langgar Lampu Merah appeared first on Oh! Media.