(VIDEO) “Ramai Tipu Nak Harga Murah..” – MUA ‘Explain’ Perbezaan Antara Solekan Pengantin Dan ‘Event’

Beauty
18 May 2022 • 3:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bagi pasangan yang bakal bergelar raja sehari, pastinya ingin kelihatan cantik dan segak bergaya di hari berbahagia itu nanti.

Untuk bakal pengantin perempuan terutamanya, pastinya mahu lebih cantik dan ‘glowing’ bersama yang tersayang di atas pelamin dan bergambar bersama tetamu kelak.

Namun, menurut kebanyakan jurusolek berbayar ataupun lebih dikenali sebagai MUA, ramai pengantin mengambil kesempatan untuk ditata rias dengan ‘rate’ untuk majlis biasa, dan bukannya untuk acara perkahwinan.

Ini berikutan ‘makeup’ untuk hari ‘event’ lebih murah berbanding untuk majlis pernikahan ataupun resepsi.

Berikutan itu, seorang MUA tampil memberi penjelasan di akaun TikTok miliknya mengenai perbezaan harga antara dua majlis itu.

Menurut @amal.leyna, persediaan barang solekan seperti skin prepping buat pengantin adalah berbeza dan kebanyakan makeup untuk raja sehari lebih bertahan lama sekitar 6 jam berbanding untuk ‘event’ yang hanya sekitar 3-4 jam.

Selain itu, bakal pengantin turut diberi servis lain seperti urutan muka dan pengunaan jenama makeup yang lebih berkualiti dan mewah.

image is not available

Sumber : TikTok  

Katanya, dia juga telah menerima pelbagai alasan daripada bakal pengantin yang kebanyakannya cuba untuk menipu dan berselindung asalkan dapat servis yang lebih murah.

Namun, yang lebih mengecewakan apabila mereka juga meninggalkan komen yang buruk mengenai makeup setelah ‘kantoi’ menipu MUA.

image is not available 3 jam lalu

"Dia Bahasakan Dirinya Abang" - Gadis Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pensyarah Bergelar Ustaz