Kempen ‘MK My Way’ : Sentuhan Unik Michael Kors

Women's Fashion
17 May 2022 • 11:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Michael Kors

Nampaknya jenama ikonik Amerika Syarikat, Michael Kors kini menjadi kegilaan ramai wanita di Asia Tenggara. Jadi, jika anda seorang peminat jenama beg dan pakaian ini, pastinya berita yang bakal kami kongsikan ini akan membuat anda teruja. 

image is not available

Baru-baru ini Michael Kors telah melancarkan kempen ‘MK My Way’ secara rasmi di Malaysia. Kempen ini menawarkan keunikan di mana para pembeli dibawa masuk ke dalam dunia Michael Kors dengan memberi pengalaman ‘in-store’ yang peribadi dan menarik.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Getaran (@getaranmy)

Kini, pembeli boleh memberi sentuhan peribadi pada setiap barangan Michael Kors mereka. Menariknya, pembeli boleh memilih sama ada ingin lukisan kaligrafi huruf nama mereka atau lukisan bertemakan ‘jet-set’ untuk dilukiskan.

image is not available

Lukisan-lukisan ini diberi sentuhan khas oleh artis dan ilustrator tempatan seperti Alice Yap, Carmen Chin dan Yimin. Cat yang digunakan juga bukan calang-calang. Bekalan alat seni ini disediakan oleh Angelus Paints, sebuah syarikat cat mewah dan terkenal dari California, Amerika Syarikat.

image is not available

Bagi meraikan pelancaran kempen ‘MK My Way’ ini dengan meriah, Michael Kors turut mencipta kempen digital yang dibintangi oleh dua personaliti terkemuka Malaysia iaitu Daiyan Trisha dan Christinna Kuan

image is not available

Rangkaian beg, pakaian dan aksesori dalam koleksi ini menawarkan gaya yang mesti dimiliki oleh kelompok ‘jetsetter’, malah menyuntik kesegaran gaya yang wajib dipakai apabila pergi bercuti. 

Tidak dinafikan bahawa kempen ini telah mengeratkan lagi hubungan antara jenama dan peminatnya dengan lebih mendalam sambil memberi sentuhan eksklusif pada setiap barangan Michael Kors yang dimiliki. 

image is not available

Kempen ‘MK My Way’ kini sedang berlangsung hingga 12 Jun 2022 di beberapa butik Michael Kors termasuklah cawangan Pavilion Kuala Lumpur, One Utama Shopping Centre dan Sunway Pyramid.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, jangan lupa untuk layari profil Instagram Michael Kors dan Valiram. - Getaran, 17 Mei 2022

Gambar: Nooreeza Hashim