Wanita Ada Kelebihan Luar Biasa, Boleh Lipat Cuping Telinga Untuk Pegang Monopod & Payung

Entertainment
21 May 2022 • 11:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apa bakat paling unik yang pernah korang tengok dalam dunia ni? Selalunya bakat menyanyi, masukkan api dalam mulut, berjalan atas kaca dan ada juga yang pandai tiru suara haiwan.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda satu kisah tentang bakat luar biasa yang dimiliki oleh seorang wanita di Jepun ini. Ayumi Takada mampu meregangkan atau melipat cuping telinganya untuk memegang monopod (selfie stick).

image is not available

Menurut Oddity Central, kelebihan unik yang dimiliki oleh Ayumi itu telah disamakan seperti watak Elastigirl dalam filem The Incredibles.

Difahamkan, wanita yang berusia 37 tahun itu mengetahui bahawa dirinya ada bakat itu ketika zaman sekolah rendah di mana dia cuba memegang payung dengan telinga sebab pada ketika itu, hari hujan dan kedua-dua tangannya dah penuh pegang benda lain.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut tidak pasti bagaimana dia boleh memiliki bakat unik itu namun boleh jadi sebab waktu zaman kecil-kecil dulu dia sering bermain dan tarik-tarik cuping telinga.

Ayumi telah menjadi perhatian ramai kerana dia sering berkongsikan video tentang bakatnya itu menerusi TikTok takadaayumi.

Cuping telinga Ayumi itu dikatakan boleh diregangkan sehingga 4.5cm dan ia boleh membalut objek ringan seperti berus dan payung.

image is not available

Jika korang tertanya-tanya tak sakit ke buat telinga macam tu, kata Ayumi tak sakit pun dan cuping telinganya akan kembali ke bentuk asal setelah objek atau barang yang dipegang dilepaskan.

Rare betul bakat dia ni. Apa pulak bakat terpendam korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.