“Comel je!” – Effort Izara Aishah Dipuji, Sanggup Buat Video Tutorial Shawl Sampai 7 Minit!

Entertainment
25 Apr 2022 • 9:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pejam celik, pejam celik, tahu-tahu lagi seminggu je kita dah nak raya! Mesti ramai yang sama macam min, rasa Ramadan kali ni cepat je berlalu. Tambah pula tahun ni kita boleh balik kampung untuk beraya, jadi vibes tu mesti rasa lain macam kan?

Mana taknya, sampai ada yang sanggup beli baju raya dua tiga pasang! Untuk kaum wanita yang bertudung pula, mesti dah survey dulu gaya untuk tambah seri lagi di pagi Syawal kan?

Macam baru-baru ni, tular di Twitter apabila seorang lelaki dan juga suami yang gigih ‘minta tolong’ dari pengguna-pengguna aplikasi itu untuk dapatkan tutorial shawl ala-ala Izara Aishah menerusi akaunnya @luqman_kaka.

Difahamkan isterinya ingin menggayakan gaya shawl itu untuk menyambut raya nanti dan bersungguh-sungguh mencari video tutorial yang sama selama dua hari sampaikan merajuk sebab tak jumpa!

“Gaya tu Izara buat sendiri”

Ekoran itu, pelakon Izara Aishah tampil membuat balasan kepada tweet itu dengan mengatakan bahawa gaya tersebut merupakan inisiatifnya sendiri untuk kekal kemas di samping menjaga auratnya.

“Tudung ni Izara yang buat sendiri. Yang tutorial lain semua tidak tepat. Nak Izara tunjuk ke?” – Tulis Izara

Izara kemudiannya memuat naik video tutorial ke akaun TikToknya @izaraaishahofficial.

@izaraaishahofficial

image is not available Maaf ya tak biasa. Kekok sangat. Hopefully boleh faham.

♬ Espacio – corandcrank

“First time tengok tutorial sampai habis”

Video berdurasi 7 minit itu telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan rata-ratanya suka melihat tutorial dari Izara ini dan memuji pelakon ini. Lelaki pun tengok sampai habis!

image is not available

Comel je Izara buat tutorial ni kan? Senyum je min tengok dari awal sampai habis. Boleh lah korang cuba gayakan juga nanti… Jangan lupa OOTD raya tau!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.