“Hi, Saya Belum Mati Lagi” – Kecoh Akaun FB Tangmo Tiba-Tiba Aktif, Tuntut 5 Kawan Cerita Kejadian Sebenar

23 May 2022 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida kembali mendapat perhatian ramai rakyat negara itu selepas beberapa kemas kini dimuat naik di akaun Facebook mendiang baru-baru ini.

Difahamkan, ‘posting’ tersebut seolah-olah mahu mendedahkan kejadian sebenar yang telah berlaku ketika dia terjatuh dari bot berkenaan.

image is not available

Menurut mStar, beberapa hantaran telah dibuat oleh seseorang bertujuan untuk menuntut keadilan selain menggesa lima orang yang terbabit bercakap jujur.

Saya dicederakan oleh sahabat yang saya sayang dan percaya. Saya masih menunggu kebenaran daripada mulut lima orang. Jika mereka tidak bercakap benar, saya akan dedahkan semua kejadian atas bot Membuang data panggilan, jangan ingat ia tidak boleh dikembalikan.”

Status itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah individu yang bertanggungjawab mengemaskini Facebook Tangmo.

Sesetengah netizen mendakwa ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothi yang telah memuat naik status itu.

Namun, peguam Panida menafikan perkara tersebut dan berkata anak guamnya itu tidak menggunakan akaun Facebook milik Tangmo.

Sekadar info, mayat Tangmo ditemui pada 26 Februari, 2 hari selepas dia dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya.

Selepas berbulan menjalankan siasatan tentang kes itu, pihak polis akhirnya memutuskan kematian itu berpunca daripada kecuaian sendiri.

image is not available 4 minggu lalu

Ramai Sangka Dianiaya & Dibunuh Rakan Terdekat, Polis Thailand Sahkan Tangmo Mati Akibat Lemas

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved