“Meremang aku oii” – FB Tangmo Nida Tiba-tiba Aktif, Bagi ‘Hint’ Tentang Kejadian Jatuh Bot?

Entertainment
23 May 2022 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya dah lama kita tak dengar mengenai lanjutan kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida yang dilaporkan meninggal dunia selepas dia terjatuh dari sebuah bot pada Februari lalu.

Namun baru-baru ini, nama Tangmo kembali menjadi perhatian ramai selepas akaun Facebook miliknya tiba-tiba aktif dan memuat naik beberapa siri foto yang belum dilihat sebelum ini pada malam kematian pelakon tersebut berlaku. Uiks biar betul!

image is not available

 

Bagi ‘hint’ dedah kejadian sebenar?

Menurut mStar, dalam beberapa hantaran yang dibuat pengendali akaun itu, dia katanya seakan menuntut keadilan dan mahu mereka yang terlibat bercakap jujur semasa siasatan dijalankan.

Saya dicederakan oleh sahabat yang saya sayang dan percaya.

“Saya masih menunggu kebenaran dari mulut lima orang, jika mereka tidak bercakap benar saya akan dedahkan semua kejadian di atas bot.

“Membuang data panggilan… jangan ingat ia tidak boleh dikembalikan,” tulis salah satu status.

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun ada juga mendakwa posting berkenaan dibuat oleh ibu Tangmo sendiri, Panida Siriyudthayothi.

Namun ia dinafikan oleh peguam wanita berkenaan yang memaklumkan bahawa Panida sama sekali tidak menggunakan akaun Facebook miliknya.

image is not available

 

“Weh dia hidup lagi ke?”

Pun begitu, isu Tangmo ini dilihat kembali hangat di media sosial terutamanya di TikTok yang mana ada di kalangan netizen membuat spekulasi masing-masing.

Siap ada di antara mereka mengatakan kehidupan Tangmo ini seperti watak siri drama Korea, Penthouse yang mana mereka yang telah mati boleh hidup kembali demi untuk membalas dendam. Ah sudah korang ni…

image is not available

Nampaknya kes ini akan kembali panas semula. Harap Tangmo dapatlah keadilan di atas kematiannya yang menyedihkan itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.