Gara-gara Letak ‘Caption’ Macam Nak Cari Jodoh, Ramai Cuba Nasib Jadi Pilihan Hati Khairul Aming

Entertainment
20 May 2022 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je kan yang tak kenal dengan Khairul Aming ni? Video memasak dia memang selalu jadi tumpuan orang ramai lagi-lagi tiap kali bulan Ramadan.

Macam yang ramai tahu, penguasaha Sambal Nyet ini sememangnya menunjukkan minatnya dalam bidang masakan dan boleh dikatakan keberadaan dirinya sebagai influencer sangat disenangi oleh netizen.

Terbaru, penulisan kapsyen Khairul Aming di Instagram miliknya @khairulaming, mencuri perhatian orang ramai sampaikan namanya trending di Twitter semalam (19 Mei).

Nama : Khairul
Umur : 29 tahun
Tinggi : 184cm
Berat : Nanti la bincang
Kerjaya : Buat video masak
Asal : Kelantan

“Bismillah, Assalamualaikum. Nama saya…”

Disebabkan kapsyennya seakan-akan seperti cara yang sering digunakan oleh pengguna Twitter untuk menjadi jodoh di @TwtJodohMY, ramai yang mencuba nasib untuk menjadi ‘pilihan hati’ kepada Khairul Aming.

image is not available

Difahamkan Khairul Aming atau nama betulnya Khairul Amin kini berada di Pulau Pinang bersama kawan-kawannya termasuklah Azfarheri. Bukan je setakat tular di Instagram, di Twitter pun sama tapi bukan dia yang ‘promote’!

Tweet yang dibuat oleh kawan kepada Khairul Aming ini telah mendapat lebih dari 18K likes dan 6K retweet membuktikan dirinya layak menjadi salah seorang pilihan untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

Bukan tu je, akaun TwtJodoh ini sendiri ada retweet dan like tweet tu! Memang betul ke KA tengah cari jodoh?!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.