Digi : Pengguna Kini Guna Secara Purata 21GB Setiap Bulan, Kelajuan Purata 42.2Mbps

TechnologyDigital
11 May 2022 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digi kini telah mengeluarkan penyata kewangan untuk suku tahunan pertama 2022 yang lepas. Melalui data yang dihimpunkan, Digi mengatakan kini secara purata, pengguna mereka menggunakan sebanyak 21GB setiap seorang pada setiap bulan – dengan 99.8% trafik pada rangkaian 4G.

Disamping itu, kelajuan purata yang dinikmati pelanggan Digi kini meningkat kepada 42.2Mbps – meningkat berbanding 38.9Mbps pada penghujung Disember 2021 lepas.

image is not available

Secara purata, dari segi pendapatan pula, Digi menjana RM42 untuk setiap pelanggan pada rangkaian mereka. Kini, Digi mempunyai sekitar 3.34 juta pelanggan pascabayar, dan 6.9 juta pelanggan prabayar.