
Kota Kinabalu: Persatuan-persatuan Cina digesa mengambil bahagian dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sabah ke-7 yang dijadualkan berlangsung di Teluk Likas dari 2-3 Julai.
Acara sukan kebudayaan anjuran Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) itu kembali selepas tidak dapat diadakan selama dua tahun akibat pandemik.

