Terpalit Isu Berhibur Di Kelab Malam, Sultan Perak Perkenan Permohonan Afifi Letak Jawatan

LocalPolitics
15 May 2022 • 2:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan menerima permohonan perletakan jawatan dari Datuk Dr. Afifi Al-Akiti yang menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Perak.

Afifi berkata perletakan jawatan ini berhubung dengan video tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berhibur di kelab malam sambil diapit dua wanita, yang dikatakan ialah dirinya.

Jelas Afifi, dia tidak mahu mengulas lanjut atau memberikan sebarang jawapan berkenaan isu terbabut kerana tidak mahu mencetuskan sebarang perdebatan yang tidak memberi manfaat.

image is not available

Sambungnya, video yang tular juga kelihatan mempersoalkan kesuaian peranannya dengan institusi agama dan dalam urusan hal ehwal agama Islam.

Afifi berkata keputusan ini dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya demi melindungi darjat kemuliaan Padura Seri Sultan Perak.

Untuk rekod, sebelum ini tular sebuah video berdurasi selama 24 saat memaparkan seorang lelaki yang didakwa merupakan tokoh agama berada di kelab malam.

Kredit: Utusan

image is not available

Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.