UEFA Batal Perlawanan Rusia-Israel Kerana Keganasan Rusia Ke Atas Ukraine, Nasib Palestin Macam Mana?

Entertainment
11 Jun 2022 • 11:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perlawanan bola sepak di antara Rusia dan Israel sepatutnya diadakan pada 6 Jun lalu sempena UEFA Nations League. Bagaimanapun, perlawanan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Jawatankuasa Eksekutif UEFA mendedahkan bahawa mereka membatalkan perlawanan melibatkan pasukan Rusia kerana keganasan yang dilakukan oleh negara tersebut ke atas Ukraine.

image is not available

Jawatankuasa itu juga mengeluarkan kenyataan bahawa Rusia tidak akan dibenarkan bermain dalam Kumpulan 2 dan secara automatik akan berada di tangga terakhir kumpulan.

Keputusan ini ternyata kurang disenangi oleh ramai pihak terutamanya aktivis pro-Palestin. Mereka berpendapat ia adalah satu bentuk ironi apabila mereka mengenakan tindakan ke atas Rusia atas dasar hak kemanusiaan apabila Israel sudah lama menindas hak rakyat Palestin.

Satu perbincangan di media sosial juga mempersoalkan tindakan berat sebelah UEFA yang seolah-olah menutup mata ke atas keganasan yang dilakukan oleh Israel, sebaliknya hanya mengenakan tindakan ke atas Rusia.

“Ironi apabila UEFA tidak membenarkan Rusia bermain dalam pertandingan, tapi Israel yang berada dalam kumpulan sama dibenarkan.

Ini adalah apa yang UEFA cuba sampaikan: Keganasan ke atas Palestin adalah dibenarkan, tetapi keganasan ke atas Ukraine dilarang. Tiada politik dalam sukan ya?”, tulis seorang warganet.

image is not available

Untuk rekod, pasukan bola sepak Rusia telah dilarang daripada bertanding dalam pertandingan antarabangsa, termasuk UEFA Champion League dan UEFA Europa League kerana keganasan mereka ke atas Ukraine.

Kredit: Albawaba

image is not available

Sumber: TASS

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.