“Masih bertali pusat” – Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Gerai Makan, Penuntut IPT Ditahan Polis

10 Jun 2022 • 10:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes buang bayi dalam kalangan pelajar bukan lagi suatu yang pelik atau menghairankan. Mereka tergamak untuk tinggalkan bayi dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Ada antara mereka yang langsung tidak tahu akan kewujudan baby hatch.

Semalam, polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baru sahaja dilahirkan serta dibalut dengan plastik hitam di hadapan sebuah gerai berhampiran Taman Seri Wang, lapor Bernama.

image is not available

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis ACP Wari Kiew berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi itu sekitar pukul 9.10 pagi dalam keadaan masih bertali pusat. Kesian baby tu!

Hasil siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga telah menerima panggilan daripada seorang wanita iaitu suspek yang memaklumkan telah meninggalkan seorang bayi berdekatan kawasan berkenaan.

Wanita itu juga telah meninggalkan nombor telefon setelah dipujuk oleh pihak JKM. Wari berkata selepas menerima panggilan itu, JKM Perlis telah bergegas ke lokasi terlibat dan menemui seorang bayi masih bertali pusat yang dibalut dengan plastik hitam.

image is not available

“Bayi itu dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil” – ACP Wari Kiew

Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Ingat tau korang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.