“Sedih betul” – [VIDEO] Tandas Dinaiki Air, Netizen Kecewa Lihat Fasiliti Stadium Bukit Jalil

13 Jun 2022 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada saat ini, kecoh diperkatakan mengenai keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang ‘banjir’ gara-gara air bertakung di atas permukaan padang akibat hujan lebat yang berlaku pada malam Sabtu lepas.

Insiden petugas stadium yang dilihat menggunakan penyodok sampah dan kadbod putih untuk menolak air keluar dari padang dianggap tidak profesional dan ramai yang mengecam tindakan tersebut.

image is not available

Walau bagaimanapun, nampaknya ada satu lagi isu mengenai fasiliti stadium ini yang rupanya bermasalah seperti yang dikongsikan di TikTok baru-baru ini.

 

Lepas padang, tandas stadium pula banjir?

Menerusi perkongsian video @arfa_adam, kelihatan keadaan dalam stadium di bahagian tandas yang digenangi air hingga menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung stadium.

Sedih betul dengan fasiliti stadium, tak cukup dengan padang hancur, kemudahan asas pun hancur. Apa komen anda?” tulis video tersebut.

 

“Tandas pun tak ada lampu”

Selain daripada masalah dinaiki air, ada juga yang memberitahu beberapa tandas di stadium mengalami masalah ketiadaan lampu.

Perkara ini membuatkan kebanyakan netizen kecewa dengan keadaan stadium yang dikatakan bertaraf antarabangsa.

image is not available

Harap pihak berwajib buatlah sesuatu untuk menyelesaikan masalah ni. Malu kepada negara lain tengok keadaan stadium negara kita ‘tenat’ macam ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.