“Penat lelah orang menyawit” – [VIDEO] Lelaki Selamba Rembat 2 Tandan Sawit Naik Motor

Entertainment
10 Jun 2022 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenaikan harga komoditi sawit tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya amat memberangsangkan dan dijangka memberi kesan positif kepada para pekebun kelapa sawit serta pelabur. Malah, limpahan ekonominya juga bakal memberi manfaat terhadap sektor-sektor bisnes lain yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, berita baik ini menjadikan sesetengah orang mengambil kesempatan untuk mencuri hasil sawit yang dilaporkan semakin menjadi-jadi di seluruh negara hingga mengakibatkan pengusaha kerugian besar.

Rembat 2 tandan sawit waktu siang naik motor

Kes kecurian sawit ini bukan sahaja aktif dilakukan pada waktu malam tapi ada juga individu yang berani melakukannya pada waktu siang seperti yang tular baru-baru ini di TikTok seorang lelaki @abangbajak00.

@abangbajak00

penat lelah orang nyawit ko rembat gitu je eakimage is not available

♬ original sound – RENTSUZ EDITZ – RENTSUZ EDITZ

Nombor plat pendaftaran ditanggalkan, elak dikesan

image is not available

Dalam video tersebut, si perakam sempat merakamkan detik seorang lelaki mengangkut 2 tandan sawit yang berlonggok di tepi jalan sebelum laju meninggalkan tempat kejadian. Nombor plat pendaftaran pada motosikalnya juga sudah ditanggalkan, mungkin untuk mengelakkan daripada dikesan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata yang walaupun lelaki tersebut berkemungkinan hidup susah, perbuatan mencuri tak patut dilakukan kerana hasilnya tidak berkat. Ada juga yang melahirkan rasa simpati terhadap pekebun sawit yang penat lelah mencari rezeki.

“Sawit mahal sekarang..tu yang dia sanggup curi tu” – Komen netizen

image is not available

Walau apa pun alasan yang diberi, jangan sesekali mencuri tau! Sentiasa usaha cari rezeki halal!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.