
RANAU: Pesta Kaamatan yang diadakan secara fizikal tahun ini memberi impak positif kepada proses pemulihan sektor pelancongan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Katanya, Pesta Kaamatan bukan sahaja perayaan yang disambut selama sebulan setiap tahun oleh masyarakat KadazanDusun, Murut dan Rungus (KDMR) tetapi juga antara tarikan utama pelancong ke negeri ini.

