Pengantin Menangis ‘Kena Scam’ Dengan Catering, Order Untuk 700 Pax Tapi Tak Sampai 50 Dapat Makan

Entertainment
9 Jun 2022 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari majlis persandingan yang sepatutnya menjadi hari indah berubah menjadi hari yang penuh sayu buat @nurulnorafiza apabila makanan untuk tetamu yang hadir tidak cukup sepertimana yang telah ditempah daripada sebuah katering.

 

Makanan tak cukup, kek tak dapat

Dalam video yang berdurasi 1 minit 27 saat itu, wanita itu menjelaskan makanan yang ditempah itu adalah untuk 700 orang jemputan, tapi amaun makanan yang diterima pada hari majlis tak sampai 50 orang.

Tambahnya lagi, kejadian ini berlaku pada 4 Jun lepas, majlis menjadi huru hara kerana makanan tak cukup.

“Hari kebahagiaan bertukar kesedihan, tragedi paling sedih untuk saya dan family saya, semoga Allah membalas di atas sana.”

Dalam video itu dilihat makanan mereka cepat habis di samping pengunjung pada majlis itu masih ramai, selain itu, kelihatan pengantin wanita tidak henti-henti menangis.

@nurulnorafiza

Hari yang paling takkan lupa dan paling pahit untuk sayaimage is not availableimage is not availableimage is not available

♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band

Dikatakan, pihak pengantin sedang dalam proses untuk memfailkan saman kepada katering tersebut, Difahamkan, katering tersebut telah menerima 9 tempahan untuk hari persandingannya dan salah satunya adalah majlis kerabat diraja.

Menurut netizen dan pengantin ini sendiri, majlis kerabat diraja itu juga pun alami perkara yang sama, tidak cukup makanan.

Selain makanan tak cukup ada beberapa lagi ‘kecacatan’ dalam majlis ini disebabkan katering tersebut.

“Makanan hantar tak cukup, kek tak dapat, DJ takda, banyak yang tak lengkap majlis sunyi sepi.”

Disebabkan kejadian ini, pihak pengantin telah membuat laporan polis dan pemilik katering tersebut kini telah direman.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sabarlah dengan dugaan ini, tak dapat bayangkan macam mana kelam kabutnya majlis pada waktu itu, diharapkan pengantin dapat tuntut keadilan.Tapi bagaimanapun pasangan ini dah selamat diijab kabulkan, mudah-mudahan kekal bahagia ke anak cucu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.