[VIDEO] Psy Nyanyi Lagu Janna Nick Ketika Bersenam Buat Ramai Peminat M’sia Bangga

Entertainment
7 Jun 2022 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang pengguna tegar TikTok, korang mesti tahu kan yang lagu ‘Gatal’ dari Janna Nick memang popular betul dekat platform tu. Hampir satu dunia guna!

Baru-baru ini, Instagram penyanyi Gangnam Style, Psy telah menjadi tumpuan peminat dari Malaysia bila dia kongsikan video bersenam sambil menggunakan lagu Janna Nick itu. Woahhh

“Wow international!”

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia dilihat turut teruja bila penyanyi K-pop tersebut memilih lagu Janna Nick ini untuk diletakkan di Instagramnya. Bukan setakat peminat Malaysia je, peminat dari Indonesia pun ramai yang komen, siap ada yang claim lagi. Eh?!

image is not available

Manakala ketika ditemubual oleh Boom, Janna Nick telah meluahkan kegembiraannya kerana lagunya telah dipilih oleh penyanyi popular tersebut.

Psy kot… Siapa yang tak gembira superstar dunia macam dia pilih lagu kita? Lepas tu dia promote pula di Instagram yang ada pengikut berjuta-juta. Siapa tak suka?”

Wahhh congrats Janna. Meletop letop lah lagi lagu tu lepas ni kan?!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.