Dianggarkan Lebih 1,000 Rakyat Malaysia Jadi ‘Scammer’, Paling Muda Umur 14 Tahun

Entertainment
9 Jun 2022 • 3:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita bercakap pasal scammer, mesti korang dah boleh terbayang macam-macam taktik yang diorang guna kan? Dari panggilan phone sampailah buat grup Telegram untuk tipu orang.

Ekoran itu, sebanyak 74 kes yang diterima oleh pihak Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA melibatkan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan di luar negara sejak Januari lalu.

image is not available

Menurut Kosmo Online, Datuk Seri Micheal Chong selaku Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA berkata, seramai 23 individu berjaya diselamatkan dari 74 kes yang dilaporkan dan 11 daripadanya berjaya kembali ke tanah air.

“Seramai 12 orang lagi masih ada di pusat tahanan di luar negara. Dari 74 kes itu juga, sebanyak 45 laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga sendiri” – Ujar Datuk Seri Micheal Chong

“Lebih 1,000 orang diseludup ke luar negara”

Bukan itu saja, Datuk Seri Micheal Chong turut mengatakan kemungkinan lebih dari 1,000 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerana terpedaya dengan sindiket penipuan dan diseludup ke luar negara.

Lebih mengejutkan, golongan yang terlibat ramai dari golongan remaja yang berusia seawal 14 tahun dan dia menasihatkan agar orang ramai lebih peka serta berhati-hati dengan tawaran kerja yang dikongsikan di media sosial.

image is not available

Ini kerana untuk mengelakkan isu pemerdangan manusia yang dilihatkan semakin serius di negara kita dengan ramai golongan muda yang menjadi mangsa untuk pihak tak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

Seram lah pulak min rasa… Korang semua make sure check the fact dulu okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.