“Tak rasa too much?” – Tindakan Sabrina Persenda Cara Idol Bercakap Dialek Australia Undang Kecaman

Entertainment
7 Jun 2022 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya kalau min bercakap pasal student Malaysia, Sabrina yang sekarang tengah sambung belajar di Korea Selatan ni mesti korang terus teringat isu kenyataannya bersama BBC sehingga mendapat kecaman ramai.

Dah lama kan tak dengar cerita pasal Sabrina ni?

Baru-baru ni, kecoh di media sosial dan juga peminat-peminat K-Pop kerana sekali lagi kenyataan dari Sabrina yang telah mendapat pelbagai reaksi gara-gara dirinya mempersenda cara salah seorang K-Pop idol bercakap dialek Australia.

@yongboklixiee

Please respect people boundaries, you are not his close friend and pls don’t joking around/ making fun of ppl accent, it’s disrespectful. Please have some common sense. #bangchan #sabrina #straykids #commonsense

♬ original sound – Yongboklixiee – Yongboklixiee

K-Pop idol yang dikatakan merupakan ketua kumpulan Stray Kids iaitu Bang Chan. Difahamkan dari video yang dikongsikan itu, Sabrina menceritakan semula pertemuan dirinya bersama Bang Chan dan dia menyatakan bahawa idol berusia 25 tahun itu sememangnya seorang yang baik.

image is not available

“You dengan Chan like complete stranger tau”

Walau bagaimanapun, dari video yang sama, Sabrina mengatakan bahawa dirinya menegur Bang Chan untuk menggunakan Bahasa Inggeris yang betul kerana dia berasal dari Australia dan masih mempunyai slang ‘Aussie’.

Perkongsian itu ternyata mengundang rasa marah di kalangan peminat Stray Kids kerana menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tak sensitif dalam berkenalan kerana mereka berdua merupakan orang asing.

image is not available

Kurang dari 24 jam isu tersebut trending di Twitter, Sabrina memuat naik tweet menerusi akaunnya @jpbrinx dengan tujuan untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi semasa pertemuan dirinya bersama dengan Bang Chan.

Dari thread yang ditulis, Sabrina mengatakan bahawa situasi sebenar bukanlah seperti yang diperkatakan oleh orang ramai malah dia menegaskan mereka berdua saling bergurau tentang dialek dari negara maisng-masing.

“Kami semua bersahaja mengejek loghat masing-masing dan bukannya one-sided jokes. Kami semua orang dewasa, kami tahu bagaimana untuk bergurau” – Ujar Sabrina

Bukan itu saja, Sabrina juga meminta jasa baik orang ramai agar berhenti mengecam dirinya dan mengatakan bahawa dia tidak ada langsung niat untuk memperlekehkan slang Bang Chan ketika bercakap.

Hmm… Sabrina ni pun dah explain betul-betul apa jadi… Kita janganlah terus nak kecam dia eh?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.