Gara-gara Bapa Gila Main Game di Rumah, Ibu Terpaksa Letak Anak Dalam Sangkar Troli

Entertainment
1 Jun 2022 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Demi menjaga anak, seorang ibu dari China tiada pilihan lain selain daripada membuat sangkar dibawah troli, supaya dia boleh bawa anaknya ke tempat kerja.

Ini kerana wanita tersebut tidak boleh mengharapkan suaminya untuk menjaga kanak-kanak 2 tahun itu sebab terlalu ketagih main game sampai abaikan anak.

Video tersebut tular di media sosial dan mengundang rasa simpati netizen. Si ibu yang dikenali sebagai Li bekerja sebagai penjual jeli ais kepada penduduk tempatan di bandar Tongren, wilayah Guizhou.

Ketika ditemubual pihak media tempatan di sana, Li mengatakan dia perlu menjaga anaknya selama tujuh hingga lapan jam sehari.

Oleh itu, dia terpaksa menukar ruang tambahan di bawah trolinya menjadi ‘sangkar’ supaya ada ruang yang cukup untuk anaknya bermain.

Tambah Li, dia akui ada rasa kasihan dengan anak lelakinya itu, tetapi dia tidak mempunyai alternatif lain, kerana suaminya yang menganggur akan mengabaikan anak mereka apabila dia meninggalkannya di rumah. Dia menyatakan bahawa suaminya tidak akan memberinya susu dengan kerap.

image is not available

Selain itu, Li juga akan keluar bekerja awal pagi di pasar berdekatan menjual wain manis, lapor The Independent.

Dia akan bergegas pulang ke rumah tepat pada waktunya supaya anaknya bangun sebelum membawanya ke tempat kerja.

image is not available

Melihat video itu, netizen menyatakan wanita itu tidak harus dikritik kerana dia melakukan yang terbaik untuk memastikan anaknya selamat ketika bekerja.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.