Gurauan Itu Sudah Tertulis Di Skrip, Apa Pula Yang Biadapnya? – Rosyam Nor 

Entertainment
1 Jun 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

“Ia hanyalah gurauan saya semata-mata buat Shuib. Lagipun, di dalam skrip sudah tertulis Shuib adalah duda terhangat ketika ini. 

“Saya kemudian menambah dan bertanya adakah dia sudah punya pengganti.  Itu sahaja. Apa yang salahnya dengan gurauan tersebut sehingga saya dikecam serta dituduh biadap pula?" soal usahawan dan penerbit drama terkemuka, Datuk Rosyam Nor. 

Rosyam berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai insiden gurauannya terhadap Shuib Sepah tentang pengganti suri hidup baharu usahawan dan pelawak tersebut sewaktu kedua-dua figura ini menyampaikan anugerah pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA 2021, Ahad lalu. 

image is not available

Menurut Rosyam lagi, gurauan itu juga dibuat selepas 10 bulan Shuib kehilangan isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin. 

“Bukan baru semalam atau sehari dua arwah meninggal dunia dan seperti yang saya kata, saya sekadar menambah apa yang tertulis di skrip,” katanya kepada Getaran. 

Aktor hebat yang pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  untuk filem 'Lenjan' (1999) dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem (2006) di Festival Filem Asia Pasifik juga mengakui hubungannya dengan Shuib memang rapat. 

“Lepas selesai menyampaikan anugerah, kami pergi ke belakang untuk merokok bersama-sama dan berbual.  Antara kami tiada masalah pun,” katanya. 

Dia juga mengakui tenang-tenang sahaja apabila dikecam netizen semata-mata kerana bergurau dengan Shuib mengikut perjalanan skrip yang diberikan pihak Astro. - Getaran, 1 Jun 2022